50 Delegasi Pelajar dan Guru dari Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang Kunjungan Hormat ke YADIM

PADANG PANJANG, kiprahkita.com SERAMAI 50 orang delegasi pelajar dan guru pengiring dari Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia telah mengadakan kunjungan hormat ke YADIM pada 14 Mei.


Selain bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan memperkukuh hubungan dua hala, kunjungan ini juga menjadi sesi perkongsian ilmu berkaitan pengurusan organisasi, pendidikan dan gerakan dakwah antara kedua pihak.


SERAMAI 50 orang delegasi pelajar dan guru pengiring dari Perguruan Diniyyah Puteri



Majlis dimulakan ucapan aluan Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Abdul Razak Aripin, serta ucapan daripada Ketua Jabatan Pendidikan, Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang, Puan Faizah Fauzan El Muhammady.

Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Ustaz Haji Mahadi Awang, yang turut hadir telah menyantuni para delegasi dan menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama serantau.

Seterusnya, sesi dialog yang turut diadakan telah membincangkan berkaitan pengurusan organisasi serta pendekatan dakwah semasa, sekali gus membuka ruang pertukaran pandangan dan pengalaman antara peserta delegasi dan pihak YADIM.

Turut hadir ialah wakil dari Kolej Darul Hikmah, Bandar Baru Bangi dan para pegawai YADIM. Kunjungan ini diharap menjadi platform memperkukuh ukhuwah serta memperluas kerjasama pendidikan dan dakwah antara kedua-dua negara.
***
YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.

Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.

Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)*

Posting Komentar

0 Komentar